Home >> Peraturan Penggunaan Cermin Gelap

Peraturan Penggunaan Cermin Gelap
PERATURAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP

Baca ini kalau anda nak buat tinted cermin gelap, berikut adalah maklumat terkini tentang cermin gelap yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Malaysia (JPJ).

Untuk info, JPJ telah memperkenalkan peraturan baru pada Mei 2019 mengenai pemakaian cermin gelap bagi kenderaan persendirian.

Peraturan pemasangan cermin gelap dibenarkan kepada individu di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-jenis kaca Tertentu) 1991 (pindaan 2019).

Kadar Ketelusan Cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:

👉Cermin Belakang / Cermin Sisi Penumpang dibenarkan gelap Sepenuhnya - 0%
👉Cermin Depan - 70%
👉Cermin tepi Sisi kiri kanan pemandu - 50%


Denda Kesalahan Pemasangan Cermin
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada sesiapa yang masih lagi ingkar, mereka sama sekali tidak akan bertolak-ansur dan berkompromi.

Jika kereta anda masih tidak ikut spesifikasi, tetapi dipandu oleh orang lain pada masa kena tahan, anda sebagai pemilik juga akan dikenakan saman cermin. HATI-HATI!

Maknanya, pemandu yang pinjam kereta anda – MAKSIMUM 3 saman
Anda sebagai pemilih kereta tersebut – MAKIMUM 3 saman

Untuk setiap kereta, ada 3 saman menunggu anda. Saman cermin hadapan, saman cermin pintu pemandu dan juga saman penumpang hadapan.

Kesalahan pertama: Dikompaun tidak melebihi RM2,000/ dipenjara tidak melebihi 6 bulan
Kesalahan berikut: Dikompaun tidak melebihi RM4,000 / dipenjara tidak melebihi 12 bulan
Rujuk Kenyataan Media di bawah:



Kalau nak mohon untuk pasang Cermin Gelap secara Rasmi?

Pengguna yang ingin menggunakan cermin gelap bagi kenderaan mereka atas 2 faktor berikut boleh momohan kelulusan penggunaan cermin gelap daripada pihak JPJ dengan cara memohon melalui pos ataupun layari portal JPJ:

1.Permohonan berasaskan KESIHATAN
2.Permohonan berasaskan KESELAMATAN

Proses permohonan Cermin Gelap JPJ

1. Bayaran Fi Permohonan (RM 50.00) – mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ
2. Permohonan akan disemak satu jawatankuasa kahas
3. Surat keputusan akan dikeluarkan
4. Setelah diluluskan, pembayaran Fi Perakuan (RM 5,000.00) perlu dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ.

*Bagi urusan permohonan cermin gelap JPJ di pejabat JPJ, pastikan anda mendapatkan nombor giliran menggunakan JPJEQ bagi memudahkan urusan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari / kunjungi:

â—ŹLaman Web Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan
â—ŹNo Faks: 03-88811149
â—ŹNo Telephone: 03-88928194
Go to About Us to explore more
Or click below to renew road tax
About Us
Renew Roadtax